safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang penuntut universiti tempatan merakam video dan mendakwa diserang oleh anggota polis bantuan wanita mengundang padah apabila dia ditahan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan daripada anggota polis bantuan universiti berkenaan selepas seorang penuntut lelaki merakam dan menularkannya melalui Telegram.

“Dalam video itu, suspek berusia 22 tahun mendakwa pengadu menyerangnya di pintu masuk universiti pada jam 2 petang 31 Mac lalu ketika mahu memasuki kawasan universiti dengan alasan dijemput berjumpa rektor.

“Pengadu menafikan kejadian itu dan mendakwa apa yang berlaku sebenarnya adalah suspek meminjam telefon bimbitnya dan bercakap lama. Apabila diminta semula (telefon bimbit), suspek enggan memulangkannya,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengadu meminjamkan telefon bimbitnya apabila pelajar berkenaan mendakwa mahu membuat semakan dengan presiden pelajar terlebih dahulu berkenaan jemputan bertemu dengan rektor.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak berpuas hati apabila difahamkan tidak ada jemputan untuknya bertemu dengan rektor.

“Pengadu dimaklumkan pihak universiti tidak menjemput mana-mana pihak berjumpa dengan rektor dan dia maklumkan kepada suspek, namun lelaki itu tidak berpuas hati sebelum anggota polis bantuan berkenaan menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek untuk bercakap sendiri dengan presiden pelajar.

“Pengadu mendakwa semasa dia sedang berusaha mengambil telefon bimbitnya daripada suspek, lelaki itu membuat rakaman video kejadian berkenaan. Ketika kejadian, pengadu dan anggota polis bantuan lain yang sedang bertugas tidak membuat tangkapan terhadap suspek.

“Ini kerana pihak pengurusan universiti sudah memberi arahan supaya tidak menyentuh mana-mana pelajar di dalam kawasan universiti,”tambah beliau.

Berikutan itu anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan lelaki berkenaan di perkarangan dewan auditorium universiti itu pada jam 4.40 petang semalam.

Polis juga, menurut Zainal, turut merampas telefon bimbit milik suspek yang digunakan untuk merakam video semasa kejadian.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah penuntut tahun tiga di universiti terbabit. Suspek bertindak merakam video semasa kejadian kerana bimbang tiada orang akan percaya bahawa pengadu menyerangnya,”katanya lagi.

Suspek sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan direman selama empat hari mulai 3 hingga 6 April untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit 36 saat menunjukkan lelaki berkenaan merakam video dan mendakwa dirinya diserang anggota polis bantuan wanita di pintu masuk universiti berkenaan yang tular di media sosial, hari ini.-MalaysiaGazette