Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung bersama wakil PKR selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Cabang PKR Indera Mahkota di Hotel Mandurah, Pantai Beserah, Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Dua usul utama dibahaskan dalam Mesyuarat Cabang PKR Indera Mahkota ialah isu memilih calon tempatan dan tiada lagi kerjasama lagi dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menghadapi PRU-15.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, mesyuarat sebulat suara meluluskan usul untuk mencalonkan pimpinan cabang bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota dalam PRU-15.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Cabang PKR Indera Mahkota di Hotel Mandurah, Pantai Beserah hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga tidak mahu menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mendepani pilihan raya umum yang sama.

Chean Chung menegaskan, usul bagi memilih pemimpin anak tempatan yang diakui profesional, lebih dipercayai dan setia kepada pucuk pimpinan parti.

Ia juga ekoran banyak peristiwa pengkhianatan dalam kalangan ahli PKR sendiri yang lompat parti yang sehingga kini menyaksikan seramai 19 orang wakil rakyat meninggalkan parti itu.

“Selepas episod pengkhianatan yang menyaksikan Ahli Parlimen Indera Mahkota (Datuk Saifuddin Abdullah) yang merupakan calon terjun payung pada PRU-14 telah melompat parti.

“Pimpinan akar umbi letih memperjelaskan pendirian parti setiap hari apabila berdepan dengan rakyat dan kali ini calon mesti daripada anak tempatan dan setia kepada parti,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast