safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KULIM – Polis menahan seorang wanita yang disyaki mendera anak tirinya hingga menyebabkan melecur hampir seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, tangkapan dibuat pada Sabtu lalu selepas pihaknya menerima maklumat daripada hospital berhubung kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan.

“Berdasarkan maklumat pegawai perubatan mangsa dihantar bapanya berusia 30-an ke Hospital Kulim dan pegawai perubatan mendapati kecederaan dialami mangsa dipercayai akibat didera.

“Susulan itu, kita menahan wanita yang dipercayai ibu tiri mangsa pada 2.30 petang, hari sama laporan untuk siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan seorang kanak-kanak perempuan melecur seluruh badan akibat menjadi mangsa dera ibu tirinya.

Mangsa berusia 8 tahun yang dimasukkan ke Hospital Kulim pada Sabtu lalu dilaporkan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kecederaan teruk disimbah air panas oleh wanita itu.

Ibu saudara mangsa, Abidah Ismail, 24, berkata, mereka sekeluarga yang menetap di ibu kota bergegas ke Kulim selepas menerima panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung kejadian yang menimpa mangsa. – MalaysiaGazette