Seorang kanak-kanak meronta ketakutan ketika Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan MPAJ Tasik Tambahan, Ampang .Foto HAFIZ SOHAIMI, 04 APRIL 2021. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat daerah di Selangor mencatat kes harian Covid-19 di bawah 10 kes semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, daerah terbabit ialah Kuala Selangor yang merekod empat kes, Kuala Langat dan Sabak Bernam (masing-masing dua kes) serta Hulu Selangor (satu kes).

Manakala Hulu Langat mencatat kes tertinggi iaitu 108 kes membabitkan Ampang (37 kes), Kajang (34 kes), Cheras (20 kes), Penjara dan Semenyih masing-masing tujuh, Hulu Langat (dua kes) dan Beranang (satu kes).

“Petaling pula dengan 102 kes iaitu di mukim Damansara (45 kes), Petaling (28 kes), Sungai Buloh (18 kes) dan Bukit Raja (11 kes), majoriti daripada saringan pekerja,” demikian menurut jabatan itu.

Data JKNS turut melaporkan sebanyak 52 kes di Klang, Gombak (30 kes), Sepang (26 kes).

Selangor merekodkan 327 kes Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 117,792 sejak pandemik itu  menular. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast