Marcus Rashford. Foto Goal.com
LONDON – Penyerang muda sensasi Manchester United, Marcus Rashford melonjak kedudukan ketiga di kalangan penjaring terbanyak sepanjang zaman apabila berjaya menjaringkan gol lebih daripada pemain legenda kelab itu, David Beckham.
Rashford kini menjaringkan 86 gol iaitu satu gol melebihi Beckham.
Pemain berusia 23 tahun itu bakal mengejar jumlah jaringan gol dua lagi bekas pemain kelab Lau Macari dan Bryan Robson di mana kedua-dua legenda itu menjaringkan 97 gol dan 99 gol.

Rashford pernah diramal sebagai seorang pemain yang paling penting di dunia kerana memenuhi potensi yang luar biasa itu pada usia yang masih muda.

Rashford dan Erling Haaland telah dinilai sebagai pemain bola sepak paling termahal di dunia menurut kajian yang dikeluarkan CIES Football Observatory semalam.

Pemain yang berasal daripada akademi United itu telah dinilai sekitar £130 hingga £172 juta mewakili nilai 14.8 peratus daripada keseluruhan nilai pasukan Red Devils.

Sementara itu, Anthony Martial juga berada dalam senarai 30 penjaring terbanyak United sepanjang zaman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast