Her son, Faizul Hafiz Hashim Actress, Noryati Taib passed away

JOHOR BAHRU – Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Makcik Petir’ menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Perjiranan 10 Pasir Gudang, dekat sini, pada pukul 1.45 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim laman Facebooknya.

“Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” kata Faizul Hafiz.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary berikutan  lakonannya dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Pada tahun 2017, Noryati dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Sementara itu, adik allahyarham, Effie Ghazi Taib ketika dihubungi memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah  Perkuburan Islam Kebun Teh antara pukul 10 hingga 11 pagi ini.

Noryati tabah menghadapi ujian apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis. – MalaysiaGazette