Zulkifly Ab Latif.

KUALA LUMPUR – Seluruh warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merakam ucapan takziah kepada keluarga Zulkifly Ab Latif, Wartawan Sambilan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang meninggal dunia pada tengah hari tadi ketika menyertai Program Eksplorasi Ekopelancongan Sumber Asli KeTSA bersama Media Ke Negeri Perak.

Program itu bermula pada 6 April dan berakhir pada hari ini.

Menurutnya, kementerian ini akan memberi bantuan yang bersesuaian dalam pengurusan jenazah.

”Semoga roh arwah dicucuri rahmat,” kata KeTSA dalam kenyataan di sini.

Zulkifly ,41, dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung.

Allahyarham meninggal dunia ketika mendaki di kawasan Tasik Banding, Lenggong, Perak. – MalaysiaGazette

Petugas sambilan media meninggal dunia ketika daki kawasan Tasik Banding

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.