Foto Instagram Alyah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datin Alyah menafikan dia telah merentas negeri ke Langkawi bersama rakan-rakannya untuk bercuti seperti yang didakwa netizen.

Menerusi Instagramnya miliknya, Alyah, 40, turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar seorang individu mempersoalkan tindakan penyanyi Kisah Hati itu berada di pulau legenda tersebut.

“Assalamualaikum. Sejak saya berada di Langkawi, mcam-macam DM (mesej pribadi) yang saya terima seperti di atas itu (tangkap layar). Itu belum lagi nombor yang tidak dikenali, tiada salam terus maki hamun saya personal itu ini tentang prosedur operasi standard (SOP).

“Saya masih seorang penyanyi dan saya bekerja bawah record (label) saya sendiri. Sebagai peniaga muzik, saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan.

“Perniagaan muzik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja tetapi perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual,” tulisnya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, Alyah yang juga isteri kepada pemuzik terkenal Datuk Ramli MS dituduh tidak cerdik apabila menunjukkan gambar dia berada di atas kapal mewah sambil bertukar-tukar fesyen pakaian.

“Pihak saya dan pasukan Like Music Sdn. Bhd. ke Langkawi kerana urusan kerja bagi menyiapkan video muzik terbaharu saya #ThankyouAllah

“Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya, memang betul ia terjadi tapi semuanya atas pemintaan bagi menyiapkan video muzik terbaru saya.

“Saya tak naik kapal persiaran untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar baju fesyen. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 41, turut memuat naik surat permohonan merentas negeri yang bermula pada 4 April hingga 7 April lalu.

Selain itu, Alyah juga memuat naik surat atau permit perniagaan yang didaftarkan atas nama syarikatnya iaitu Like Music Entertainmnet yang masih sah sehingga 18 Januari 2024. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.