Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN), malam tadi mencapai persetujuan untuk kedua parti itu, UMNO dan Pas memperkukuhkan kerjasama.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitternya, yang turut menjelaskan, mesyuarat itu dipengerusi kedua-dua timbalan presiden parti.

“Mesyuarat malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO dan Pas.

“Kedua-dua parti bersetuju agar MN terus dimantapkan di semua peringkat, selaras dengan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27 dan 28 Mac lalu dan mesyuarat Pas yang diadakan baru-bari ini.

“Semoga (kerjasama MN ini) diberkati Allah,” katanya.

UMNO diwakili Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala Pas oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kerjasama yang berpotensi tinggi dan dilihat punyai masa depan yang cerah! Ianya sangat dicemburui oleh kawan dan lawan.

    Jom sama2 berdoa dibulan yang mulia dan penuh berkat ini.

  2. Tanpa kerjasama dengan DAP yang menuntut hak samarata pun sekian lama umno beri lebih banyak hak keistimewaan 70% korporat ekonomi kepada bukan Melayu bumiputera, kan?
    Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas PBB sekian lama tak boleh diharap.

  3. Tambah bagi lebih specific yakni DEB 70% untuk minority supaya majority Melayu dapat 30% ekonomi jer macam dasar apartheid dibuatnya.

  4. Kata “no Anwar, no DAP”. Lain di mulut lain dihati. TAK BOLEH DIPERCAYAI

Comments are closed.