Tiga buah kereta hangus dalam satu kebakaran melibatkan bengkel kenderaan di Taman Maju, Batu Pahat pada awal pagi tadi.

BATU PAHAT – Tiga buah kereta hangus dalam satu kebakaran melibatkan bengkel kenderaan di Taman Maju, Batu Pahat pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulle Idris berkata dalam kenyataannya berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan kira-kira  4.55 pagi.
“Susulan itu, tiga jentera FRT dan dua EMRS dari BBP Penggaram dan BBP Batu Pahat dengan kekuatan 22 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Apabila sampai  tempat kejadian, kita dapati kebakaran itu melibatkan bengkel dua tingkat berkeluasan 15×50 kaki,” katanya.
Menurut Saifulle, pihak bomba juga terpaksa memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu daripada pam jentera.
Operasi ditamatkan pada jam 5.58 pagi setelah memastikan keadaan selamat,” katanya.
Bagaimanapun dalam kejadian berkenaan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- MalaysiaGazette