Biawak gergasi memanjat rak yang disusuni barang keperluan harian di dalam sebuah kedai serbaneka 7 Eleven di Bangkok dalam kejadian Selasa.

BANGKOK – ‘Kunjungan’ tanpa diundang seekor biawak gergasi ke sebuah kedai setor serbaneka 7 Eleven di di sini mengejutkan pengunjung dan juga kakitangan premis tersebut.

Biawak sepanjang enam kaki itu dipercayai muncul dari terusan berhampiran sebelum masuk ke dalam kedai serbaneka 7 Eleven dalam kejadian Selasa lalu.

Biawak berkenaan memanjat rak barang lalu menjatuhkan barang-barang ke lantai sebelum berselindung di atas rak berhampiran siling kedai itu.

Video rakaman insiden itu tular di media sosial, menunjukkan pengunjung menjerit kuat selepas melihat kehadiran haiwan reptilia tersebut.Biawak besar ‘berkunjung’ ke kedai 7 Eleven

Kakitangan dan beberapa pelanggan menyorok di belakang kaunter bayaran bagi mengelak diserang haiwan tersebut.

Pada mulanya biawak itu dikatakan cuba membuka pintu peti sejuk sebelum memanjat rak barang.

Haiwan berkenaan berkemungkinan dalam ketakutan sebelum berbuat demikian kerana kebiasaannya biawak akan memanjat pokok dalam hutan sekiranya menghidu ancaman dan rasa takut.

Pekerja kedai yang memanggil polis yang kemudiannya datang dengan skuad penangkap reptilia.

Salah seorang kakitangan memberitahu, mereka berjaya menghalau keluar haiwan itu yang duduk di dalam stor berkenaan selama lebih setengah jam.

Pasukan penyelamat tidak menangkap haiwan itu sebaliknya menghalaunya keluar dari premis sebelum biawak itu lari masuk ke dalam kawasan semak berhampiran.

“Saya tak pernah melihat biawak yang begitu besar dalam hidup saya..semua terkejut dengan kunjungannya.

“Ada hutan di belakang stor ini, jadi kami rasa ia datang dari sana,” kata pekerja kedai tersebut. – MalaysiaGazette