Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

KEPALA BATAS – Pas Kelantan sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa, kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Katanya, jentera pilihan raya tidak ada kaitan dengan isu-isu politik yang berlegar sebaliknya mereka lebih fokus dalam persediaan menghadapi pilihan raya.

“Jentera pilihan raya Kelantan memang sentiasa bersedia tidak kira persaingan banyak penjuru sekali pun.

“Saya yakin semua parti tidak kira mempunyai hubungan atau kerjasama dengan siapa mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU-15 ini,” katanya Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II selepas merasmikan Program Agropreneur Muda di Penang Golf Resort di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada jentera pilihan raya negeri belum digerakkan susulan Pas dikatakan mungkin berpecah daripada Muafakat Nasional.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.