RIYADH – Tiga anggota tentera dijatuhi hukuman mati selepas mereka didapati melakukan khianat, kata Kementerian Pertahanan Arab Saudi
“Satu siasatan yang membabitkan mereka mendapati mereka bersalah kerana melakukan jenayah khianat dengan bekerjsama bersama musuh dengan cara memudaratkan entiti kerajaan dan kepentingan tentera,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan.
Ketiga-tiga anggota tentera itu dirujuk kepada mahkamah yang mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman mati, tambahnya.
Keputusan tersebut melalui semua proses peringkat perundangan dan pelaksanaan hukuman telah diluluskan menurut arahan diraja.
Kementerian tersebut mendedahkan identiti ketiga-tiga pesalah dan hukuman tersebut dilakukan atas arahan tentera di wilayah selatan.
“Ketika mengumumkan perkara ini, Kementerian Pertahanan mengesahkan ia yakin dalam lelaki-lelaki berbakti dengan angkatan tentera yang telah mengotakan sumpah dan mengorbankan darah mereka untuk memelihara keselamatan dan kestabilan negara dan dalam masa sama mengkhianati dalam jenayah ini,” kata kenyataan itu seperti dipetik agensi berita Arab Saudi, SPA. – MalaysiaGazette