Tiga lelaki yang ditahan sebaik sahaja mendarat di Sungai Penerok, Johor.

PONTIAN – Tiga lelaki warga Indonesia yang memasuki negara ini secara haram di kawasan Sungai Penerok ditahan oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, mereka yang berumur antara 25 hingga 46 tahun itu ditahan pada jam 8.45 pagi.
“Mereka dipercayai baharu sahaja mendarat semasa ditahan.
“Hasil siasatan awal mendapati mereka memasuki negara ini melalui jalan laut dengan menggunakan bot.
Turut  dirampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai. Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 2,370,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam pada itu Dimin berkata, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette