Keratan botol yang berjaya dipotong oleh anggota bomba Pontian.

PONTIAN – Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kemaluannya tersekat pada muncung botol plastik, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II, Julia Sani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira  pada jam 7.18 malam tadi.
“Sejurus terima panggilan pasukan kami dengan seramai enam anggota telah dihantar ke Hospital Pontian bagi membantu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Beliau berkata, setibanya di Hospital Pontian, didapati seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun dengan kemaluannya tersekat pada muncung botol plastik.
Difahamkan alat sulit lelaki berkenaan membengkak dan sukar dikeluarkan daripada muncung botol plastik itu menyebabkan dia ke hospital bagi mendapatkan bantuan.
“Anggota bomba terpaksa memotong botol berkenaan menggunakan alat peralatan khas pemotong,” tambahnya.
Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast