KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelakon Nonny Nadirah mencetuskan persoalan apabila memuatnaik gambar mencetuskan kontroversi di Instagram.

Bagaimanapun sebelum melangkah ke bulan Ramadan, beliau, memohon maaf atas segala salah dan silap serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Assalamualaikum, saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun tersembunyi.

“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat sorry & thank you for everything. I reserve all my comment  (peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya. Saya simpan komen saya). Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati,” tulisnya.

Nonny turut mengakui sedang berhadapan dengan ujian, namun tidak berkecil hati dengan kata-kata peminat terhadapnya.

“Yang tak baik itu saya. Setiap individu melalui fasa ujian yang berlainan. Apa pun korang (kamu) cakap saya terim dengan hati yang terbuka,”ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast