Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Seramai 78 pegawai dan anggota kontinjen polis Johor telah dikenakan tindakan tatatertib sejak awal tahun ini termasuk lapan daripadanya dibuang kerja berbanding 92 kesalahan tatatatertib yang direkodkan pada tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis Johor memberi keutamaan kepada tindakan tangkap dan tuduh sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Minggu depan tuan-tuan, kita ada 12 orang lagi yang saya akan buang.

“Seperti mana saya tekankan untuk polis Johor saya akan buka kertas siasatan tuan-tuan, kedua kalau libatkan kes rasuah kita serahkan pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan ketiga barulah kita serahkan bahagian tatatertib untuk ambil tindakan.

“Dan akhir saya tekankan saya lebih beri keutamaan tangkap dan kalau cukup bukti kita tuduh mahkamah dan disabit boleh dibuang kerja terus.

“Sebab itu bagi saya, mereka ini tidak perlu diberi peluang kedua, buang terus kerana ramai lagi yang menunggu nak jadi polis,”katanya pada sidang media mengenai tangkapan seorang pegawai kanan dan tiga anggota polis yang terlibat dalam jenayah pemerasan di Batu Pahat baru-baru ini.

Menurut Ayob Khan, tidakan buang kerja bukan satu perkara yang membanggakan untuk kontinjen Johor.

“Saya tidak berniat bukan satu kebanggaan buang kerja di Johor paling tinggi tahun lepas 46 tahun ini, ada pada kita dekat dua puluh.

Pada 11 April lalu MalaysiaGazette melaporkan seorang pegawai dan tiga anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat ditahan pada 8 April kerana dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang pemilik kilang sebanyak RM1,500. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bagus, baru lah rakyat percaya kredebiliti pada Polis Di Raja. Kalau fikir hendak kerja Polis untuk jadi kaya baik behrenti sahaja,jadi scammer baru boleh cepat kaya.

Comments are closed.