Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu mencetuskan perdebatan dalam DAP apabila  menyatakan parti itu tidak perlu mencairkan unsur kaum Cina semata-mata kerana kritikan daripada musuh politik.

Kenyataan itu segera membelah DAP kepada suara berbeza dengan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengkritiknya sebagai cauvinis Cina.

Menurut laporan Sinchew Daily, veteran DAP, Liew Ah Kim mempertahankan Ronnie dengan berkata, walaupun dirinya dilihat sebagai cauvinis Cina, tetapi cauvinis Cina juga merupakan orang yang berazam mempertahankan perjuangan asal DAP.

Sementara itu, Setiausaha Nasional Pemuda Sosialis DAP, Eric Teh berkata, penurunan sokongan pengundi Cina merupakan satu hakikat.

Setiausha Organisasi DAP, Anthony Loke pula berkata, kenyataan Ronnie tidak melambangkan pendirian parti.

Ketika mengulas perkembangan membabitkan DAP itu, penganalisis Sinchew Daily, Tay Tian Yan berkata, persaingan antara cauvinis Cina dan golongan elit atau berpendidikan Inggeris telah berlaku dalam DAP.

“Tony dan Ronnie sebenarnya melambangkan dua pemikiran dan hala tuju perjuangan yang berbeza.

“Cauvinis Cina dalam DAP biasanya merujuk kepada mereka yang berpendidikan Cina dan lebih mengambil berat akan pendidikan dan hak kaum Cina.

“Kumpulan elit pula secara umumnya merujuk kepada golongan berpendidikan Inggeris dalam DAP dan mereka tidak semestinya menguasai bahasa Cina, tetapi sengaja mencairkan identiti Cina mereka,” katanya.

Kata Tian Yan, kemunculan persaingan antara dua kumpulan itu mempunyai kaitan jelas dengan pemilihan parti akan datang.

“Secara lebih dalam, ia juga menunjukkan konflik dalaman parti,” katanya.

Menurut penganalisis itu lagi, keupayaan DAP mendapat sokongan pengundi Cina adalah atas kejayaannya memahami dan memanipulasi isu membabitkan kaum itu, termasuk isu pendidikan, politik dan ekonomi.

“Tetapi, undi Cina sahaja tidak dapat memuaskan DAP yang mahu memperluaskan kawasan pengaruh.

“Unsur kecinaan DAP telah memperkuatkan DAP, tetapi ia juga mengundang syak wasangka dan penolakan daripada pengundi Melayu.

“Perebutan dua kumpulan dalam DAP menunjukkan persaingan antara kem dan hala tuju yang berbeza, ia juga menunjukkan kemelut yang sedang membelenggu parti ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Di Amerika dan Kanada tanpa mengira peringkat umur ramai cauvinis2 telah dipukul oleh orang2 puteh/hitam disana? Mengapa mereka berbuat demikian merupakan sesuatu yang amat penting untuk dikaji?

  2. Suatu hari nanti cauvinis2 akan menterbalikkan bendera Australia, Amerika ataupun Kanada. Buat masa ini kekuatan mereka disana belum cukup kuat & mantap lagi?

    Sama2 kita tunggu hari tersebut?

Comments are closed.