Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini melibatkan sembilan kluster tempat kerja dan enam kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima kluster baharu itu dikesan di Kelantan, Selangor (2), Sabah (4), Kuala Lumpur (1) Johor(1), Terengganu (1) dan Kedah (1).

“Antara kluster baharu tempat kerja di Kelantan ialah Kampung Bunut Sarang Burung, Kampung Domis, Kampung Labok dan Kok Lanas.

“Manakala bakinya adalah Kluster Jaya Setia dan Perabot Olak Lempit di Selangor serta Lorong Megah Jaya dan Jalan Labuk Tiga di Sabah dan satu lagiĀ  kluster di Kuala Lumpur iaitu Jalan Radin.

“Bagi enam kluster komuniti pula ialah Biah Skim dan Melangkap Tomis di Sabah; Kampung Bechah Semak diĀ  Kelantan; Jalan Cempaka Putih di Johor; Taman Rakyat di Terengganu serta Kampung Pokok Machang di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kluster Kampung Bunut Sarang Burung melibatkan daerah Tumpat, Kota Bharu, dan Tanah Merah di Kelantan di mana kes indeks ke-355684) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Kluster Kampung Domis pula melibatkan daerah Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di Kelantan di mana kes indeks ke-362097 dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan di Kampung Domis, Tanah Merah.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 40 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Kluster Kampung Labok melibatkan daerah Machang di Kelantan di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 13 April 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kampung Joh, Labok, Machang.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Bagi Kluster Kok Lanas pula, ia melibatkan daerah Kota Bahru, Tanah Merah, dan Tumpat di Kelantan di mana kes indeks ke-362,097 dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan di Kok Lanas, Kota Bahru.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Selain itu, kluster baharu turut dikesan di Selangor iaitu Kluster Jaya Setia melibatkan daerah Petaling di mana kes-kes positif Covid-19 bermula 13 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Jaya Setia 26/3, HICOM Industrial Estate, Shah Alam.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Satu lagi kluster tempat kerja di Selangor iaitu Kluster Perabot Olak Lempit di daerah Kuala Langat di mana kes-kes positif Covid-19 bermula 11 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan 8, Banting.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 326 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kluster Lorong Megah Jaya dikesan di Sandakan, Sabah di mana kes indeks ke-362,769 dilaporkan positif Covid-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat perkhidmatan di Bandar Tyng, Sandakan.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Bagi Kluster Jalan Labuk Tiga pula dikesan di Sandakan dan Lahad Datu, Sabah di mana kes indeks ke- 354,942) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan di Kilometer 18, Jalan Labuk, Sandakan. Sehingga 15 April 2021, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Sementara itu, hanya satu kluster baharu dikesan di Kuala Lumpur iaitu Kluster Jalan Radin melibatkan Lembah Pantai dan Cheras di mana kes-kes yang dilaporkan positif Covid-19 bermula 13 April lalu.

“Ia hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran di Jalan Radin Bagus 3, Sri Petaling, Lembah Pantai.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Selain kluster tempat kerja, terdapat lima kluster komuniti, antaranya Kluster Biah Skim melibatkan daerah Keningau di Sabah.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364590) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 April 2021 hasil saringan masuk wad. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Kampung Biah Skim, Keningau pada 29 Mac lalu.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Satu lagi kluster komuniti di Sabah ialah Kluster Melangkap Tomis yang melibatkan daerah Kota Belud dan Tuaran.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353,664) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 30 Mac 2021 di Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Bagi Kluster Kampung Bechah Semak pula melibatkan daerah Pasir Mas dan Tanah Merah di Kelantan di mana kes indeks ke-354, 422 dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April lalu hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Bechah Semak, Pasir Mas. Sehingga 15 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Bagi Kluster Jalan Cempaka Putih pula melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor di mana kes indeks ke-356384 dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April lalu hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Cempaka Putih, Kampung Bahagia, Kulai.

“Sehingga 15 April 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya

Kluster Taman Rakyat pula melibatkan daerah Dungun di Terengganu di mana kes indeks ke-354,467 dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April lalu hasil saringan rentas negeri.

“Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Taman Rakyat Jaya, Balai Besar, Dungun pada 1 April lalu. Sehingga 15 April 2021, sejumlah 429 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Manakala kluster terakhir pula ialah Kluster Kampung Pokok Machang melibatkan daerah Baling, Kuala Muda, dan Kulim di Kedah di mana kes indeks ke- 362, 032 merupakan kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April lalu.

“Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Pokok Machang, Bukit Selambau, Sungai Petani. Sehingga 15 April lalu, sejumlah 35 individu telah disaring di mana 14 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette