Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Eksekutif, Jualan dan Pemasaran Siti Khadijah, Mohd Munzir Aminuddin (dua kanan) ketika melawat ruang dalam Surau Angkat Siti Khadijah di Pasaraya AEON Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 15 APRIL 2021.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menolak kemungkinan lebih ramai pengeluar telekung akan mengikut jejak langkah Siti Khadijah (SK) dalam menambah baik kemudahan surau di pusat beli belah seperti AEON Mall.

Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, antara inisiatif yang boleh diambil ialah menyediakan tisu basah untuk membuang solekan dapat membantu muslimah menunaikan solat dengan lebih sempurna.

“Peranan Siti Khadijah adalah satu titik tolak kepada ramai lagi pengusaha telekung dan pihak di luar sana adakan kolobrasi dengan mana-mana pasaraya.

“Ia kaedah untuk menggalakkan umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka dalam apa juga keadaan.

“Ramai tak sedar kita menunaikan solat, antara perkara kita kena pastikan ialah tiada apa-apa benda yang boleh menghalang air wuduk sampai,” katanya pada sidang media di AEON Mall, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan surau angkat Siti Khadijah pertama di AEON Mall bagi menambah baik persekitaran dan kemudahan fasiliti solat yang lebih selesa.

Salwana berkata, langkah SK perlu dijadikan contoh dalam memastikan jemaah wanita yang ingin menunaikan solat di surau benar-benar bersih.

“Apa yang dilakukan oleh pihak SK itu cukup menarik, kita kena buang dulu apa-apa saja seperti gincu dan krim muka.

“Pengalaman saya kalau pergi mana-mana R&R kita nampak ramai wanita sembahyang tapi muka berminyak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast