Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap pada sidang media Program Wacana Meja Bulat di Putrajaya. Foto FIKRI YAZID, 15 APRIL 2021.

PUTRAJAYA – Tindakan tegas akan diambil susulan kes membabitkan dua pengawal peribadi yang dipukul kerana berpuasa semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat lanjut kes itu dengan terperinci.

“Kita kena ambil tindakan tegas kalau sesiapa melakukan perkara yang boleh menyebabkan ketidakpuasan terutama semata-mata isu berpuasa.

“Isu orang puasa ini isu paling besar dalam negara kita, kita kena faham mereka (mangsa) orang Islam dan perlu berpuasa.

“Tindakan tegas akan diambil jika benar ia berlaku seperti diuar-uarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Wacana Meja Bulat berhubung isu kalimah Allah di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, dua pengawal peribadi mendakwa dipukul majikannya kerana berpuasa dalam kejadian di Kondominium One KL, Jalan Pinang.

Mangsa turut mendakwa dipukul dengan sebatang rotan serta diacu pistol selain mendapat ugutan bunuh daripada majikannya itu.

Susulan itu, polis menahan seorang ahli perniagaan berusia 43 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).

Suspek turut direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua ‘bodyguard’ dibelasah, diugut bunuh kerana berpuasa

1 Komen

  1. Bring back yhe Iternal Security Act (ISA), to ensure the overall security of the country are well protected. The Rakyaat should hve no fear on the ISA, unless they are involve in subversion or in act against the country. The SB RESPONSIBLE FOR INTERNAL SECURITY IS NOW JUST A PAPER TIGER AND TOOTHLESS. IF SOSMA AND POCA ARE DEEMED TO BE AN ALTERNATIVE, ITS ADVICEABLE TO BRING BCK (ISA) ANF REPEAL SOSMA AND POCA. REPEALING ISA WASVTHE WORST BLUNDER MADE BY NAJIB during his tenure.

Comments are closed.