KUALA LUMPUR – Luno, platform pertukaran aset digital pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kini menyimpan lebih daripada RM1 bilion aset digital bagi pihak penguna-penggunanya.

Pencapaian itu diperoleh setelah kurang dari dua tahun sejak syarikat itu dilancarkan semula di Malaysia pada tahun 2019.

Aset digital di bawah jagaan Luno di Malaysia merangkumi empat mata wang kripto yang diluluskan – Bitcoin (BTC), 62%; Ethereum (ETH), 23%; Ripple (XRP), 10%; dan Litecoin (LTC), 5%.

Pada masa yang sama, Luno telah melepasi angka setengah juta pengguna yang disahkan (588,994 ) di Malaysia dengan kebanyakan pendaftaran pengguna baharu pada penghujung tahun 2020 yang mewakili lebih daripada 300% pertumbuhan pennguna suku-ke-suku serta RM3.97 bilion jumlah urus niaga menunjukkan trend positif permintaan mata wang kripto di Malaysia.

Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang berkata, minat dalam mata wang kripto telah meningkat di Malaysia dengan ramai pelabur melihat mata wang kripto sebagai alternatif penyimpanan nilai atau permulaan perjalanan pelaburan mereka.
”Semasa kami membuat pelancaran semula di Malaysia pada 2019, tujuan kami bukan sekadar untukmenyediakan rakyat Malaysia dengan sebuah platform yang selamat dan mudah untuk membeli, menjual, dan memegang mata wang kripto, tetapi juga untuk mendidik mereka tentang teknologi yang menarik ini.

”12 bulan lepas telah mempercepatkan penggunaan mata wang kripto di peringkat global. Walaupun perhatian tertumpu kepada penerapan institusi, penglibatan runcit global, termasuk Malaysia, juga sedang berkembang dengan pesat,” katanya.

Di peringkat global, Luno telah mencatat pencapaian penting tujuh juta pengguna yang mewakili lebih daripada 300% pertumbuhan tahun-ke-tahun dalam jumlah pemasangan aplikasi dengan lebih daripada RM34 bilion jumlah transaksi.
Peluasan Luno menggambarkan permintaan pasaran yang lebih besar untuk mata wang kripto di seluruh dunia kerana industri ini terus membuktikan reputasinya sebagai pembangun infrastruktur kewangan yang mampan.

Industri mata wang kripto telah menyaksikan tahun pertumbuhan yang besar, yang didorong oleh kemasukan pelabur institusi yang menggunakan bitcoin kerana ia menyimpan nilai yang berharga.

Aset tersebut telah menjadi lebih menarik bagi para pelabur ketika kebimbangan inflasi akibat peningkatan rangsangan fiskal dan monetari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ada juga orang muda yang masih ketinggalan zaman . orang muda patutnya minda terbuka merebut currency baru zaman digital ini .

Comments are closed.