Foto Instagram Pierre Emerick-Aubameyang.

LONDON – Penyerang sensasi Arsenal, Pierre Emerick-Aubameyang disahkan menghidap malaria yang dipercayai terkena jangkitan ketika menyertai skuad kebangsaan Gabon dalam tugasan antarabangsa baru-baru ini.

“Saya telah berada di hospital sejak beberapa hari lalu. Malangnya saya disahkan dijangkiti malaria ketika tugasan antarabangsa bersama Gabon.

“Saya sudah semakin sihat, terima kasih untuk doktor yang mengesa dan merawat virus ini dengan pantas,” tulisnya di Instagram miliknya.

Walaupun Aubameyang disahkan sudah semakin sihat dan kemungkinan akan keluar dari hospital dalam masa terdekat namun tidak mudah untuk beliau kembali terus ke skuad utama Arsenal untuk beraksi.

Ini kerana simptom dari jangkitan akan kekal selama 10 hari sehingga empat minggu daripada jangkitan asal.

Ia akan menyebabkan Aubameyang tidak boleh turun beraksi dalam beberapa perlawnanan untuk Arsenal.

Apabila dijangkiti, ia bermakna virus tersebut berada di dalam sistem badan dan menyebabkan keupayaan fizikal Aubameyang akan menjadi terhad tanpa disedarinya.

Aubameyang bukan satu-satunya pemain berprofil tinggi yang pernah mengalami jangkitan malaria.

Didier Drogba turut dijangkiti Malaria pada November 2010 ketika bersama Chelsea.

Pada ketika itu Carlo Ancelotti mendedahkan penyerang Ivory Coast itu hilang semua kemampuan dan keupayaan ketika sesi latihan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast