Suspek utama mendalangi dua video raya mempromosikan judi online direman empat hari pagi tadi di IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan polis. Foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang individu yang dipercayai mengarahkan pihak produksi untuk membuat kedua-dua video iklan raya judi yang tular baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah, lelaki bernama Loh Kee Heo, 35 tahun itu adalah individu yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita percaya mungkin individu ini adalah pengajur yang boleh nanti siasatan kes kita.

“Mengikut maklumat tangkapan kita, suspek adalah individu yang mengarahkan untuk pembikinan video berkenaan,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini siasata polis berhubung dua video iklan raya judi di Ibu Pejabar Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Katanya, individu ini dipercayai adalah orang yang bertanggungjawab mengupah agen untuk mencari pelakon dan pihak produksi yang membuat video berkenaan.

“Suspek yang mencari agen dan juga pihak produksi.

“Setakat ini kita hanya ada dua video ini saja,” katanya.

Sehingga kini serramai sembilan individu ditahan polis dan dua daripadanya telah direman selama lima hari.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – MalaysiaGazette