KUALA LUMPUR – Siapa yang berada di mahkamah untuk mengikuti kes berbicaraan Datuk Seri Najib Razak pasti akan ternampak Presiden Makkal Sakthi, Datuk Seri RS Thanenthiran.

Beliau yang ditemui wartawan MalaysiaGazette di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, baru-baru ini melahirkan kesedihannya terhadap apa yang menimpa bekas Perdana Menteri itu.

Thanenthiran berkata, persabahatan yang akrab dengan Najib membolehkannya memahami hati budi serta penderitaan yang  dilalui pemimpin itu.

“Setiap hari anda akan lihat beliau tersenyum, melambai dan berwajah ceria walaupun berdepan dengan segala macam pertuduhan.

“Tidak cukup dengan itu tambah pula dengan notis kebankrapan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion seperti baru-baru ini ketika perbicaraan kes rayuan SRC International sedang berlangsung.

“Jika saya berada ditempat beliau, saya tidak pasti mampu berdiri sepertinya, tabah dan cekal,” katanya.

Tambah beliau, di samping hadapi segala macam kes, Najib sempat menggunakan platform media sosial untuk memperjuangkan kebajikan rakyat yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa ketika ini.

Ujarnya, di sebalik wajah ceria pastinya ada kesedihan serta kekecewaan tidak dapat luahkan. Kadang kala saya dapat rasakan perasaan itu.

“Sayu hati saya, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Bayangkan satu ketika dulu beliau dijulang, diangkat malah beliau jugalah pemimpin yang membawa nama negara ke mercu kejayaan yang masih lagi diperkatakan, di ingati,” katanya memulakan bicara.

Kata Thanenthiran, setiap kali bekas Perdana Menteri itu melangkah masuk mahkamah pastinya pelbagai tuduhan dan spekulasi teecetus namun Najib masih mampu melemparkan senyuman.

Jelas Thanenthiran, beliau akan terus setia bersama Najib, tidak kira apa jua keadaan.

“Anda tahu, saya tidak kisah langsung jika ada yang hendak label saya ‘kaki bodek’ atau sebagainya, pada saya itu tidak penting dan Datuk Seri Najib sendiri amat kenali saya sejak dulu lagi.

“Sebenarnya lebih terhutang budi dengan beliau. Komuniti India di negara ini berhutang dengannya. Suka atau tidak itulah hakikatnya. Kerana itu jatuh bangun beliau, saya ingin berada di sisinya tidak kira apa yang berlaku di sekeliling,” katanya.

Menurut Thanenthiran, beliau akan terus menghargai pemimpin yang telah banyak berjasa dengan kaumnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sempena bulan yang mulia, bulan suci yang penuh rahmat ini jom bersama2 berdoa agar Najib diberikan kekuatan, cekal bersama2 pasukan peguambelanya untuk mencapai kemenangan diatas kesemua pertuduhan yang sedang dihadapatinya!

    Semoga segala urusan pasukannya dipermudahkan. Jom sama2 berdoa untuk bekas PM terbaik ini!

    Selamat berpuasa kepada semua umat Islam!

Comments are closed.