Selangor Chief of Police, Datuk Arjunaidi Mohamed . PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 APRIL 2021. murder suspect college student Damansara Perdana Three academic professors from Universiti Putra Malaysia (UPM) have been fined RM2,000 each for violating the standard operating procedures (SOP) by holding Hari Raya feast at the students dormitory recently raya feast jamuan
Selangor Chief of Police, Datuk Arjunaidi Mohamed . PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 APRIL 2021.

SHAH ALAM – Polis sedang menjalankan siasatan pertengkaran mulut yang berlaku antara pelanggan dan pekerja restoran makanan segera di Klang, petang semalam.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunadi Mohamed berkata, insiden itu berpunca akibat perselisihan faham semasa proses penghantaran makanan apabila makanan yang pesan lambat diterima.

Berikutan itu, wanita tempatan tersebut didakwa mengeluarkan perkataan yang agak kesat dan sensitif.

Tindakan wanita itu dirakam oleh pekerja restoran tersebut.

“Kebetulan pasukan polis yang sedang melakukan operasi pemantauan memasuki¬† restoran itu terpaksa campur tangan dan menenangkan situasi daripada bertambah buruk,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini.

Rentetan kejadian itu, polis telah memanggil kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden itu termasuk saksi kejadian untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, polis akan menlengkapkan kertas siasatan insiden di restoran itu dan menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanu Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Arjunaidi menasihatkan orang ramai untuk belajar mengawal emosi dan kemarahan semasa meluahkan perasaan bagi mengelak insiden seumpama tidak berulang lagi.

“Kita ada undang-undang yang perlu dipatuhi, kawal kemarahan anda..hati boleh panas, tapi lidah biar dingin agar tidak melukai orang lain,” kata beliau. -MalaysiaGazette