The Secretary-General of DAP, Lim Guan Eng PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 DECEMBER 2020. Malaysiakini donation
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 DECEMBER 2020.

KUALA LUMPUR- Kerajaan diminta menjelaskan justifikasi pelantikan timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya baharu sedangkan dalam masa sama tiada perancangan untuk menyelamatkan industri yang telah kerugian RM100 bilion itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, pelantikan Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi itu hanyalah untuk membeli sokongan politik.

“Bolehkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelaskan apa nilai tambah yang dapat dibawa oleh timbalan menteri baharu ini ke dalam kerajaan yang dapat menyelamatkan industri pelancongan yang sedang tersepit ketika menteri pelancongan sekarang kelihatan tidak mampu melakukan apa-apa?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Guan Eng, salah satu kegagalan terbesar Kerajaan Perikatan Nasional adalah tiada rancangan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Ini dapat dilihat apabila rayuan persatuan pelancongan untuk mendapatkan bantuan kerajaan tidak diendahkan.

Aduan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) terhadap polisi seperti prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan perjalanan juga tidak ditangani dengan baik.

Ujarnya lagi, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang menghadapi peningkatan jumlah penutupan hotel juga masih menunggu bantuan kerajaan untuk tahun 2021.

Ini termasuk lanjutan program subsidi upah, subsidi yang lebih tinggi untuk pelancongan, perluasan pengecualian cukai pelancongan dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pengecualian fi dan levi untuk pelancongan bagi hotel dan diskaun elektrik 50 peratus sehingga akhir tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.