Kereta Tesla ditutup selepas terlibat dalam nahas yang mengorbankan dua penumpang di The Woodlands, Texas, baru-baru ini. foto Agensi

HOUSTON – Dua lelaki maut selepas kenderaan Tesla, yang dipercayai beroperasi tanpa ada orang di tempat duduk pemandu, merempuh sebatang pokok pada malam Sabtu lalu.

“Tidak ada orang pun berada di tempat duduk pemandu,” kata Sarjan Cinthya Umanzor dari Harris County Constable Presint 4.

Model Tesla 2019 S itu dipercayai bergerak dengan kelajuan tinggi ketika hilang  kawalan di selekoh dan terbabas lalu merempuh pokok dan terbakar.

Selepas api dapat dipadamkan, pihak berkuasa menemui dua orang penumpang di dalam kenderaan, dengan satu di tempat duduk penumpang depan sementara seorang lagi berada di tempat duduk belakang Tesla, kata laporan itu, yang memetik Konstabel Harris County, Mark Herman.

Setakat ini Tesla belum memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Tesla 2019 SKemalangan itu berlaku di tengah-tengah pemeriksaan yang mendalam terhadap sistem pemanduan separa automatik Tesla berikutan kemalangan baru-baru ini.

Pada ketika ini Tesla juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan perisian “memandu sendiri penuh” yang diperbaharui kepada lebih banyak pelanggan.

Agensi keselamatan kenderaan Amerika Syarikat pada bulan Mac berkata, ia telah membuka 27 penyiasatan terhadap kemalangan kenderaan Tesla; sekurang-kurangnya tiga kemalangan berlaku baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dalam kenyataanya pada bulan Januari lalu menaruh harapan keuntungan besar daripada perisian pemanduan sendiri sepenuhnya dengan menyatakan keyakinan kereta itu dapat memandu sendiri dengan kebolehpercayaan manusia pada tahun ini.

Teknologi memandu sendiri mesti mengatasi halangan keselamatan dan peraturan untuk mencapai kejayaan komersial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast