KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak kerajaan kerana masih relaks berhubung cadangannya supaya melaksanakan tempoh kuarantin wajib bagi pelawat dari India.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bukan menyuruh pelawat dari India disekat tapi sekurang-kurangnya naikkan semula tempoh kuarantin wajib kepada 14 hari.
”Kenapa susah sangat untuk naikkan tempoh kuarantin wajib antara 4 hingga 7 hari supaya negara lebih selamat dan risiko mutant berkembar India yang masih kurang difahami ini menular ke Malaysia dapat dikurangkan?,” soalnya.
Katanya, kes jangkitan Covid-19 di India yang naik sehingga 30 kali ganda dalam tempoh lebih setahun dikatakan lebih mengancam anak muda dan kanak-kanak.
Katanya, Pakistan yang bimbang mutant berkembar Covid-19 dari India telah menyekat pelawat dari India.
Begitu juga Hong Kong dan United Kingdom.
Soal Najib, siapa dalam kerajaan Perikatan Nasional yang mahu bertanggungjawab jika jangkitan baharu Covid-19 juga naik 30 kali ganda di Malaysia seperti apa yang berlaku di India sekiranya mutasi berkembar tular ke negara ini. – MalaysiaGazette