KUALA LUMPUR – Seramai 1,210,778 orang telah selesai menerima dos pertama dan kedua setakat semalam.

Penerima dos pertama adalah sebanyak 748,444 orang dan dos kedua 462,335.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, negeri paling tinggi penerima dos pertama adalah Selangor (104,338), diikuti Kuala Lumpur (82,907), Johor 71,877), Sarawak 70,887 dan Perak (61,804).

Selangor turut menjadi penerima dos kedua tertinggi iaitu 65,961, Perak (48,942), Sabah (43,741) dan Kuala Lumpur (42,638)

Menurutnya, jumlah pendaftaran vaksinasi yang diterima pula sebanyak 9,100,472 bersamaan 37.50 peratus. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast