Gol Volley yang dijaringkan pemain Bayern Munich Choupo-Moting pada minit ke7 awal separuh masa pertama aksi Bundesliga Jerman semalam.

BERLIN – Bayern Munich hanya selangkah lagi untuk menjulang gelaran Bundesliga Jerman yang ke sembilan.

Dalam aksi Bundesliga semalam, pasukan itu menang selesa 2-0 ke atas Bayer Leverkusen.

Bekas penyerang Stoke City, Eric Maxim Choupo-Moting membuka gol pertama hasil hantaran Thomas Muller pada awal minit ke-7 separuh masa pertama.

Bayern tidak mengambil masa lama untuk menambah jaringan apabila pemain tengahnya Joshua Kimmich pula menambah gol kedua pada minit ke-13 separuh masa pertama.

Bayern kini mengungguli carta dengan perbezaan 10 mata berbanding RB Leipzig yang menghuni tangga kedua.

Dalam satu lagi aksi Bundesliga, Leipzig tewas 2-1 kepads Cologne.

Bayern kini boleh mengesahkan gelaran kesembilan mereka dengan hanya berbaki empat perlawanan lagi jika merekodkan kemenangan ke atas Mainz pada Sabtu ini.

Ia juga merupakan piala ketujuh untuk pengurus pasukan itu, Hansi Flick sepanjang bersama kelab itu sebelum berundur pada  akhir musim ini.-MalaysiaGazette