Maharashtra negeri paling teruk dilanda pandemik Covid-19. foto Agensi

NEW DELHI – India merekodkan sebanyak 314,835 koronavirus dalam tempoh 24 jam – jumlah harian tertinggidi dunia.

Jumlah kematian turut meningkat sebanyak 2,104 dalam tempoh sama.

Setakat ini, India merekodkan kadar jangkitan sebanyak 16 juta, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat yang mencatatkan 31.9 juta kes.

India kini berdepan dengan gelombang kedua jangkitan Covid-19 dan berdepan dengan kekurangan bekalan oksigen, mencetuskan kebimbangan kepada sistem kesihatan awam.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Maharashtra, negeri yang paling teruk dilanda pandemik telah meningkat pelaksanaan peraturan mulai petang ini dalam usaha mengekang lonjakan kes.

Negeri ini sudah melaksanakan sebahagian daripada sekatan pergerakan sejak 14 April lalu.

Maharashtra adalah negara paling kaya dan hab kewangan, Mumbai merupakan hotspot Covid-19 sejak pandemik bermula.

Malah, negeri ini juga melaporkan kes kematian tertinggi iaitu 69,468 berbanding negeri-negeri lain.

India melaporkan lebih daripada 180,000 kematian setakat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast