Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah melakukan kejutan apabila melawat bilik persalinan pasukan Terengganu FC (TFC) selepas tamat perlawanan Liga Super Malaysia antara pasukannya dengan pelawat malam tadi.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Harimau Selatan di bawah, Tunku Ismail yang Tunku Mahkota Johor mencemar dulu bersalaman dengan semua pemain serta mengucapkan tahniah atas kemenangan pasukan TFC.

Kali terakhir JDT tewas di tempat sendiri dalam aksi Liga Super adalah pada Julai 2019 kepada PJ City.

Walaupun tewas, JDT masih kekal di puncak liga dengan 23 mata sementara TFC pula mengekori rapat di tangga kedua dengan perbezaan hanya dua mata sahaja.

Perlawanan semalam sememangnya menjadi tumpuan penyokong bola sepak tempatan apabila merekodkan lebih 300,000 orang menonton hanya di platform Youtube unifi sahaja!

Jumlah tontonan kurang dari 12 jam perlawanan telah 1,631,348 tontonan. – MalaysiaGazette