Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman Nur Sajat transwoman transgender arrested Thailand fugitive
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

SHAH ALAM – Polis percaya kemungkinan besar usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang sedang diburu pihak berkuasa kini berada di luar negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi negara itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya mendapati Nur Sajat tidak lagi berada di dalam negara ini.

“Itu kemungkinan yang kuat mengatakan sedemikian. Bagaimana dia berada di sana. Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang memungkinkan dia boleh berada di luar negara.

“Apa sekali pun, kita tidak akan putus asa untuk mengesannya dan menangkapnya.

“Jadi, apa pun kita akan bantu mahkamah syariah untuk mengesan dia (Nur Sajat) kerana kes ini merupakan kes mahkamah syariah.

“Mahkamah menagih bantuan PDRM untuk mendapatkan Sajat maka menjadi tugas kami untuk menjejaki dan menahan dia (Sajat),” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Tambah Acryl Sani, polis akan membantu mahkamah Syariah mengikut kemampuan PDRM dan percaya pihaknya telah berusaha.

“Jikalau subjek ini berada dalam negara kita InsyaAllah kita akan dapat jejak dan kesan dia segera tetapi buat sementara waktu ini kita perlu bersabar dahulu,” ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya Nur Sajat kini dikesan di Johor, Acryl Sani bagaimanapun menyatakan pihaknya menerima pelbagai maklumat berhubung lokasiĀ  individu itu.

“Maklumat ini macam-macam (diterima). Ada orang kata dia di Johor dan Kelantan. Jadi maklumat itu kita ambil tindakan dengan elemen kita di setiap tempat dan jika betul akan dapat dikesan.

“Tapi apa yang berlaku dia tiada di sana,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Nur Sajat difahamkan sudah lari bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast