MGNews: “Lepas Cucuk ‘Sayonara’ Terus?” – Uncle Kongsi Pengalaman Cucuk Vaksin

Seorang bekas pesakit kanser teruja dan bersemangat apabila menerima suntikan vaksin bagi fasa kedua pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Malah Tay Say Ping, 75, turut bersyukur kerana menjadi antara warga emas yang terawal menerima suntikan itu memandangkan dia merupakan pesakit di hospital itu.