Wakil Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyampaikan sumbang 50 kampit beras kepada MalaysiaGazette untuk Program MG Prihatin ketika di Syarikat Faiza Sdn.Bhd, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2021.

SUBANG JAYA – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyumbangkan 50 kampit beras untuk bersama-sama menyertai Program MalaysiaGazette (MG) Prihatin 2021.

Ini merupakan tahun ketiga Bernas bekerjasama dengan MG untuk menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu.

MG Prihatin dianjurkan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan pada bulan yang mulia ini.

Sebanyak 50 kampit beras yang akan diagih-agihkan dalam program MG Prihatin 2021. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2021.

Program MG Prihatin akan bermula 10 hari menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Seperti tahun-tahun lalu, sasaran komuniti MG Prihatin adalah golongan B40 bandar.

Dalam pada itu, Malaysia Gazette masih mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada individu-individu dan syarikat korporat yang mahu bersama-sama menyertai MG Prihatin ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat MalaysiaGazette di talian 03-9054 8842 atau sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank Kelopak Anggun Sdn. Bhd. 5627 6843 0908.  – MalaysiaGazette