Noor Neelofa Mohd Noor PU Riz honeymoon Langkawi wedding solemnisation violation of SOP CMCO standard operating procedures conditional movement control order wedding solemnisation compound RM60,000
Neelofa

KUALA LUMPUR –  Selebriti terkenal, Neelofa menerima dengan hati terbuka berhubung tindakan polis mengenakan kompaun RM60,000 terhadap beliau, suami dan keluarganya kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Bekas pengacara program Meletop itu juga dikompaun kerana melanggar SOP kebenaran merentas negeri.

“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan: 

Neelofa berkata, kompaun itu juga menjadi satu pengajaran pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

Ia juga, katanya, peringatan buat dirinya dan semua yang terlibat pada majlis perkahwinan beliau supaya sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.

“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” katanya.