Jose Mourinho. Foto The Week UK.

ROM – Bekas pengurus ­Tottenham Hotspur, Jose Mou­rinho dikatakan sedang mengintai peluang untuk kembali membimbing pa­sukan di Serie A.

Media Itali melpaorkan, jurulatih dari Portugal itu kini dikaitkan dengan kembali ke San Siro untuk mengemudi pasukan lamanya, Inter Milan yang pernah dibimbingnya memenangi gelaran trebel sebelum ini.

Mourinho berpeluang kembali mengemudi Inter sekiranya Antonio Conte dipecat selepas ini.

Mourinho juga sebelum ini beberapa kali mengakui dalam kariernya sebagai jurulatih, hanya Inter dan Chelsea sahaja seperti rumahnya sendiri.

Ketika ini, Inter Mila di bawah Conte sedang memburu kejuaraan Scudetto musim ini selepas menarajui takhta liga dengan kelebihan 11 mata berbanding pencabar terdekat, Atalanta di tempat kedua selepas 33 perlawanan.

Bagaimanapun, gelaran Serie A itu dikatakan tidak mampu untuk membuatkan Conte kekal dengan jawatannya ekoran tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pihak pengurusan pasukan itu.

Conte sebelum ini beberapa kali mencetuskan hubungan tegang dengan pemilik kelab menerusi pelbagai kenyataan yang mengkritik keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi pasukan itu. – MalaysiaGazette