Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Selangor akan mengadakan sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (JKKN) esok bagi meneliti semula perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu,

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mesyuarat itu diadakan berikutan Selangor mencatatkan kes positif harian Covid-19 melepasi empat angka pada hari ini selain mencatatkan kes harian tertinggi untuk tiga hari hari berturut-turut.

“Mesyuarat esok akan mengangkat syor-syor perlaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara bagi pertimbangan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.

Bagi tempoh 24 jam hingga jam 12 tengahari ini, sebanyak 3,332 kes jangkitan harian Covid-19 dicatatkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak 1,083 kes direkodkan di Selangor. – MalaysiaGazette