Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,788 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor terus mencatat peningkatan kes harian tertinggi dengan 1,265 kes hari ini.

“Sehingga 30 April, jumlah kes Covid-19, 3,788 kes dengan Selangor 1,265 kes, Sarawak (760 kes), Kelantan (464 kes), Kuala Lumpur (255 kes), Pulau Pinang (250 kes), Johor (160 kes), Negeri Sembilan (136 kes), Kedah (136 kes), Perak (118 kes), Sabah (89 kes), Melaka (55 kes), Pahang (54 kes), Terengganu (37 kes), Perlis (5 kes), dan masing-masing 2 kes di Labuan dan Putrajaya,,” katanya hari ini.

Kes baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 408,713 kes.

Daripada jumlah itu, 3,786 kes dilaporkan berlaku melibatkan penularan tempatan dengan 3,476 warganegara dan 310 kes bukan warganegara.

Dalam pada itu, 328 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 161 kes menerima bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2,640 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini pada paras 377,980 kes.

Noor Hisham turut berkata 14 kes kematian direkodkan hari ini dengan melibatkan satu kes bukan warganegara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast