LONDON – Tottenham Hotspur tidak terburu-buru untuk mencari pengurus baharu bagi mencari pengganti Jose Mourinho yang dipecat 19 April lalu.
Ketua Jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann, Erik Ten Hag dan Brendan Rodgers meupakan antara calon yang tersenarai untuk menggantikan pengurus warga Portugal itu.
Bagaimanapun, pada Rabu lalu Nagelsmann menamatkan spekulasi dengan mengesahkan akan ke Bayern Munich Julai ini.
Pengerusi Spurs, Daniel Levy sentiasa mengambil sikap sabar dan difahamkan dia masih belum menjumpai calon yang layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mourinho.
Pengurus sementara Ryan Mason meneruskan tugas kejurulatihan pasukan dan situasi itu kelihatan tidak akan berubah menjelang akhir musim ini.
Spurs kini menghuni di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.
“Namun dengan berbaki lima lagi perlawanan untuk musim ini berakhir, Spurs berpeluang untuk melonjak ke tangga ketiga mengenepikan Leicester City yang terikat seri dengan Southampton semalam. – MalaysiaGazette