Eriksen berjaya memecahkan pertahanan lawan dan membuka jaringan pertama untuk memastikan Inter Milan digelar juara Serie A Itali pada hari esok.

ROM – Gol Christian Eriksen berjaya merapatkan kedudukan Inter Milan yang hanya memerlukan satu mata lagi untuk disahkan sebagai juara Serie A Itali kali ini selepas 10 tahun.

Dalam aksi penting semalam, anak buah Antonio Conte menewaskan pelawatnya, Crotone yang sah tersingkir dari liga utama itu dengan keputusan 2-0.

Keputusan seri dalam aksi seterusnya memadai untuk Inter Milan bergelar juara Serie A Itali musim ini.

Inter kinii mengumpul 82 mata iaitu beza 14 mata dengan Atalanta yang menghuni tempat kedua dalam carta liga.

Bagaimanapun, mereka akan dinobatkan sebagai juara Serie A pada hari Ahad (esok) sekiranya pesaingnya Atalanta gagal merekodkan kemenangan dalam satu lagi perlawanan di Sassuolo.

Selepas menang 2-0 malam tadi, anak buah Conte sudah mula berparti di bilik persalinan manakala akaun twitter rasmi kelab itu memuat naik video parti beserta sorakan pemain di dalam bilik persalinan di stadium dan juga di dalam Bas dalam perjalanan pulang ke Milan.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama dan buntu  mencari gawang gol.

Bagaimanapun empat minit selepas masuk sebagai pemain ganti pada separuh masa kedua, Eriksen mula menunjukkan taringnya apabila merembat masuk bola dalam gawang lawan pada minit ke-69.

Gol kedua telah disempurnakjan Achraf Hakimi menerusi serangan balas yang dilancarkan bagi mengesahkan tiga mata penuh yang penting itu.

Gol itu mengakibatkan pasukan tercorot Crotone tersingkir dari Serie A dengan hanya mengumpul 18 mata setakat ini iaitu 13 mata rendah berbanding Cagliari yang menghuni tangga ke-17 dalam carta dengan berbaki empat lagi perlawanan untuk mengakhiri musim ini.- MalaysiaGazette