Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR – Beri pelepasan balik kampung tetapi dengan syarat seseorang itu perlu membuat swab test dan hasilnyanya negatif Covid-19.

Itu cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin.

“Saya juga nak highlight cadangan saya kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara). Mungkin MKN boleh pertimbangkan untuk izinkan mereka yang perlu pulang ke kampung dengan syarat membuat swab test dan jelas terbukti melalui pembuktian sains, negatif Covid-19.

“Kalau MKN terima alhamdulillah, kalau tak dapat saya pasrah, yang penting saya patuh pada arahan dan ketetapan MKN,” ujarnya yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dalam kenyataan di media sosialnya semalam.

Beliau memberi cadangan itu selepas mempertahankan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah yang tular dikecam kerana menyatakan haram kepada umat Islam merentas negeri selepas tidak dibenarkan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik.

“Balik kampung untuk khidmat ibu dan ayah tuntutan besar di dalam al-Quran, tetapi kalau tipu PDRM dengan muslihat-muslihat dan tipudaya apatah lagi membawa pulang kemudaratan kepada ibu bapa dan negara, maka ia jadi haram. Boleh follow ke tu?

“Saya pelik ada yang sukar untuk faham. Bagi saya ia matematik yang mudah. Tidak sukar,” ujarnya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. bgthu kt mudin tu supaya dia ikut cadangan ko,
    dah 2 tahun anak2 beraya di perantauan sedangkan ayah dan ibu menanti di kampung,
    bgthu kt mudin kalau dia dah bodoh sgt xboleh nak kawal,turun,bg kt org lain yg lebih baik,

  2. yang diWAJIBKAN PUASA RAMADHAN….AIDILFITRI sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan sunat diRAIkan… boleh disambut dimana2 baik kampung/bandar/luar negeri…..keutamaan sekarang ialah USAHA mencegah penyakit pandemik covid 19 yang mencanak tidak kira masa dan tempat. Ambil IKTIBAR selepas pelancong CINA masuk bebas pada awal covid bermula…diikuti PRN SABAH dan terbaru kes di INDIA….

    .FIKIRKAN KELANGSUNGAN FRONTLINER yang bertungkus-lumus 24 jam berbanding KITA yg utamakan keSeronokan SEKETIKA dan akhirnya timbul KESEDIHAN selamanya bila terkena jangkitan..NAUZUBILLAH…..

    kita juga sebagai FRONTLINER mencegah lebih baik dari MERAWAT

Comments are closed.