Paul Pogba.

LONDON – Manchester United dilaporkan bersiap sedia memberikan tawaran kontrak baharu kepada Paul Pogba untuk menjadikan pemain tengah itu menerima gaji paling tinggi di kelab tersebut.

Ejen Pogba, Mino Raiola kini menjadi orang penting dalam usaha memastikan pemain antarabangsa Perancis itu mendapat gaji kira-kira £400,000 seminggu.

Raiola bertegas menyatakan gaji tertinggi seharusnya diterima pemain bertaraf dunia dan yang terbaik di dalam pasukan iaitu Pogba.
Dia turut  meminta kontrak Pogba dirombak agar pemain itu mendapat gaji yang sama dengan Sanchez.
Sebelum ini, United menjadikan De Gea sebagai penjaga gol paling mahal gaji di dunia.
Ini menyaksikan Raiola terus merancang menjadikan Pogba sebagai pemain tengah dengan gaji tertinggi di dunia.

Pogba dikatakan mahu berpindah dari United untuk mencari kelab lain yang lebih sesuai untuknya.

Raiola secara terbuka menyatakan United tidak akan membantu karier Pogba berkembang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast