Stuart MacGill. foto Agensi

SYDNEY – Bekas pemain kriket Australia, Stuart MacGill didakwa telah diculik dan diancam dengan senjata selama satu jam pada bulan lepas.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 8 malam, 14 April lalu selepas berdepan dengan seorang lelaki berusia 46 tahun.

Kemudian datang dua lagi lelaki dan memaksanya menaiki sebuah kenderaan.

MacGill kemudian dibawa ke sebuah rumah di Bringelly, lebih dari 60 kilometer jauhnya dari tempat kejadian dan tiga lelaki didakwa menyerang dan mengancamnya dengan senjata api.

Kira-kira sejam kemudian, MacGill dibawa ke daerah Belmore, sekitar 40 kilometer jauhnya dan dibebaskan.

Susulan daripada kes itu, empat orang telah ditangkap.

Polis berkata, tangkapan dilakukan setelah serbuan dilakukan di Sydney hasil siasatan selama dua minggu.

Mereka yang ditahan berusia antara 27, 29, 42 dan 46 tahun – akan didakwa pada hari ini.

Setakat ini polis tidak memaklumkan keadaan MacGill.

MacGill, 50, adalah test spinner untuk pasukan kebangsaan antara tahun 1998 dan 2008. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast