Dua gol Riyad Mahrez berjaya membawa skuad Pep Guardiola ke pentas final Liga Juara-juara Eropah musim ini.

LONDON – Manchester City berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dalam sejarah kelab itu.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu telah menewaskan Paris Saint Germain 2-0 di Etihad, sekali gus melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam aksi timbal balik separuh akhir di Etihad, tuan rumah yang menerima kunjungan Paris Saind Germain dengan agregat 2-1 tidak memerlukan masa yang lama untuk mengejutkan anak buah Mouricio Pochettino.

Bintang sayap the Citizens Riyad Mahrez berjaya merobek gawang lawan dan menyumbat gol pertama pada minit ke-11.

Terkejut dengan gol awal tuan rumah, PSG ternyata kelam kabut untuk mencari gol penyamaan dan buntu untuk merobek kubu pertahanan the Citizens di separuh masa pertama yang berakhir dengan 1-0 memihak tuan rumah.

Di separuh masa kedua, Mahrez sekali lagi menjadi pemusnah skuad yang dibarisi bintang sensasi Neymar dan Kylian Mbappe apabila menyumbat gol kedua pasukannya pada minit ke-63.

Keputusan itu menyaksikan Man City melangkah ke pusingan akhir Liga Juara Eropah dengan agregat 4-1.

Pada aksi final, Man City akan berdepan Chelsea atau Real Madrid yang akan membuat perhitungan ke final awal pagi esok.

Selepas Manchester United, Man City merupakan kelab England kedua yang terus menjadi pemusnah harapan Juara Ligue 1 Perancis pada setiap musim untuk ke final temasya itu.-MalaysiaGazette