Foto hiasan

PETALING JAYA – Kebanyakan majikan bersedia memberi pelepasan berdasarkan jam dan bukannya cuti sehari kepada pekerja untuk menerima suntikan vaksin.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan pada masa ini tidak mewajibkan majikan memberi cuti vaksin tetapi mahu mereka mengambil tindakan yang bersesuaian berdasarkan situasi masing-masing.

“Pelepasan berdasarkan jam adalah lebih munasabah dan ia adalah memadai,” kata Shamsuddin kepada Sinchew Daily.

Beliau juga berpendapat bahawa pekerja memerlukan masa separuh hari untuk menyempurnakan vaksinasi.

“Walaupun suntikan itu adalah agak mudah, tetapi pekerja memerlukan masa untuk berulang alik dari pusat vaksin selain berdepan pelbagai prosedur yang ada.

“Oleh itu, sekurang-kurangnya separuh hari mungkin diperlukan,” katanya.

Menurutnya, majikan juga harus mengambil tindakan bersesuaian sekiranya pekerja mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksin.

“Majikan boleh memberi cuti bergaji berdasarkan kes sekiranya pekerja menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast