KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak yang dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 kerana melakukan dua kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 akan membayar denda tersebut.
Kesalahan itu kerana tidak melakukan imbas suhu badan dan tidak merekodkan MySejahtera ketika memasuki sebuah kedai nasi ayam di Jalan Bukit Bintang pada bulan Mac lalu.
”Saya akan bayar kompaun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya, dia dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda oleh kerajaan kerana melanggar SOP.
”Kalau menteri-menteri kerajaan langgar SOP, saya tak tahu lah,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Najib, pengurus restoran nasi ayam langgar SOP dikompaun RM13,000