Suasana wad pesakit Covid-19 yang kritikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2021.

PUTRAJAYA – Kenaikan mendadak kes jangkitan positif Covid-19 di negara ini berada pada tahap serius dan membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menzahirkan kebimbangannya itu berkata, situasi seperti di India boleh berlaku di Malaysia sekiranya tindakan drastik tidak dilaksanakan segera.

Menurutnya, sehingga pukul 12 tengah hari hari ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 436,944 kes.

“Mengikut unjuran nilai Rt semasa iaitu 1.10, dianggarkan kes akan mencapai 5,000 kes sehari dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang.

“Jumlah kes harian yang dilaporkan untuk dua hari berturut-turut kini menghampiri 5,000 kes atau 4,519 kes Covid-19 pada hari ini,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Menurut Noor Hisham berkata,  penularan serius Covid-19 juga berlaku di dunia.

Jelasnya, jumlah terkini kes kumulatif Covid-19 di dunia adalah 155.7 juta dengan 3.3 juta kematian dilaporkan.

Katanya, negara yang didapati paling terkesan adalah India, yang mana kes harian Covid-19 meningkat setiap hari hingaa melumpuhkan sistem kesihatan di negara tersebut.

“Oleh itu, kita perlu mengambil iktibar daripada situasi di India dan beberapa negara lain yang menghadapi situasi hampir sama supaya keadaan sedemikian tidak berlaku di Malaysia,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Masih ramai rakyat Malaysia ambik mudah sgt setiap SOP yg dilaksanakan. Bila la nk cerdik sikit nk jadi rakyat patuh dgn arahan pihak berkuasa.
    Mufti keluaq kenyataan pun depa tk puashati, malah dihina mufti balik.

  2. nafsu dan ego manusia LEBIH BESAR dari AKAL…SOP utk nyawa dan kebajikan rakyat…bila kerajaan tidak bertindak..mulalah menyalahkan kerajaan lembap dan tidak prihatin….bila bertindak dapat pula kecaman membabi buta…iktibar awal kemasukan pelancong cina prn sabah dan india….malang dan bertambah serius jika yg tinggal bekerja di inda dibawa pulang pula

    YANG WAJIB PUASA RAMADHAN…..AIDILFITRI sebagai kemenangan kesyukuran SUNAT DIRAIKAN dimana2.

  3. Terbalik tu..patutnya kita belajar daripada negara spt China, Korea Selatan, Singapura, New Zealand dan Amerika Syarikat…belajar mcm mana kerajaan mrk cekap dlm mengawal virus..mslnya bila ada varian India jaa..cepat2 kerajaan negara ni haramkan pesawat India masuk…ni kita terhegeh2…belajar lah daripada yg bijak bukan belajar daripada yg teruk…
    .

Comments are closed.