Neymar sambung kontrak bersama PSG sehingga 2025.

PARIS – Bintang sensasi Brazil, Neymar, menandatangani kontrak baharu bersama Paris Saint Germain (PSG).

Pemeteraian kontrak itu membolehkan penyerang berusia 29 tahun itu kekal bersama kelab Ligue 1 itu sehingga 30 Jun 2025.

Neymar menyertai PSG pada 2017 dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £200 juta.

Namun sejak kebelakangan ini pemain tersebut dikhabarkan mahu kembali ke Barcelona.

Setakat ini Neymar telah menjaringkan 85 gol dalam 112 penampilan bersama PSG.

“Walaupun wujud beberapa salah faham di kelab ini, saya gembira dan bangga menjadi sebahagian sejarah bola sepak PSG,” katanya. – MalaysiaGazette